Bukan Muslim pun ‘protes’ acara separa telanjang

Bukan Muslim pun ‘protes’ acara separa telanjang

IDRIS Ahmad menyiram pokok sebagai gimik perasmian Laman Watani Yayasan Waqaf Malaysia di Putrajaya . - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat bukan Islam walaupun tidak menutup aurat seperti orang Islam, turut tidak gemar dengan persembahan jelik yang memaparkan aksi separa bertelanjang.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ketika ditanya isu penampilan model seksi pada Minggu Fesyen Kedah baru-baru ini.

Menurutnya, semasa pergi ke Pulau Pinang beberapa hari lalu, ada seorang Cina bukan beragama Islam datang mengadu mengenai persembahan artis luar yang begitu mencolok mata.

“Dia penduduk lama bandar Bukit Mertajam yang ramai kaum itu tetapi mereka sendiri tidak selesa dan bangkit protes apabila ada pertunjukan berbaur lucah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Wakaf Pertanian Bersepadu atau Laman Watani yang dilaksanakan anak syarikat milik penuh Yayasan Waqaf Malaysia di Presint 20, di sini hari ini.

Ladang berkeluasan empat hektar yang dimiliki oleh Perbadanan Putrajaya itu memfokuskan tanaman jenis kontan, jangka sederhana dan panjang yang berpotensi memajukan komuniti.

Isnin lalu, umat Islam gempar apabila tular foto-foto seorang tetamu transgender berpakaian mencolok mata di pusat beli-belah ternama, Aman Central di Alor Setar, Kedah minggu lepas.

Ekoran insiden separa bogel itu, pihak berkuasa negeri tersebut sudah memanggil penganjur acara tahunan berkenaan kerana semakan awal mendapati mereka tiada pun memohon permit.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sejurus warganet kecoh memperkatakan isu ‘peragawati’ itu, beliau mengambil inisiatif segera menghubungi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi dan dimaklumkan kerajaan negeri telah mengambil tindakan susulan.

Situasi berkenaan terbukti apabila beliau dikunjungi wakil masyarakat Cina di negeri jiran yang majoritinya kaum itu mendedahkan ada juga persembahan sedemikian dengan ramai audiens.

Mereka sendiri secara terbuka malu meskipun artis terkenal dari luar negara itu ramai peminat dan tidak mahu anak mereka mencontohi sikap jelik dipamerkan ketika pertunjukan tersebut.

Ditanya apakah nasihat untuk individu kontroversi berkenaan, beliau menyarankan orang itu agar banyak mengingati mati kerana bimbang tidak sempat bertaubat dan ajal tidak kira waktu.

Apatah lagi perbuatan dedah aib di khalayak menyerlahkan individu itu sebagai tiada akhlak padahal Islam melarang keras membuka rahsia peribadi termasuk pasangan sudah bercerai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya