Bekas pengarah urusan Pecah amanah RM21 juta

LCS: Bekas pengarah urusan disyaki pecah amanah RM21 juta

lcs
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengarah urusan sebuah syarikat perkapalan yang dituduh esok dipercayai terlibat dalam pecah amanah bernilai RM21 juta berhubung kepincangan projek perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, pertuduhan melibatkan suspek berkenaan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Kata sumber, setakat ini, pertuduhan membabitkan kapal tempur LCS berkenaan hanya dilakukan terhadap seorang individu.

Namun, kata beliau, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat pertuduhan sama terhadap individu lain atau tidak.

Terdahulu, satu makluman rasmi dikeluarkan SPRM lewat petang tadi mengenai pertuduhan berkenaan yang dijangka dilakukan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dekat sini esok.

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan, seorang pengarah urusan dipercayai individu dicadangkan SPRM untuk dituduh berhubung kepincangan projek perolehan kapal tempur berkenaan.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, individu berkenaan dikatakan sebagai ‘orang penting’ terlibat dalam proses perolehan projek pembinaan enam kapal tempur LCS yang membabitkan nilai RM9 bilion.

Menurut sumber itu, sebelum mencadangkan pendakwaan, SPRM telah melakukan siasatan sejak beberapa tahun lalu dengan mengambil keterangan lebih 35 orang saksi berhubung projek mega tersebut.

Kesemua yang dipanggil SPRM dipercayai membabitkan individu dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan syarikat korporat yang ditawarkan projek LCS.

Keterangan juga diambil melibatkan syarikat swasta yang berada di dalam dan luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya