Bekas Naib Pengerusi PKR Sabah keluar parti

Bekas Naib Pengerusi PKR Sabah keluar parti

JOHAN O.T GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Johan O.T Ghani mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini.

Johan yang juga Penasihat Cabang PKR Beaufort meletak semua jawatan di dalam parti secara serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perubahan yang berlaku di dalam MPN Sabah.

Katanya, keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Pengerusi MPN baharu iaitu Datuk Sangkar Rasam untuk menggantikan Datuk Christina Liew amat tidak kena pada masanya.

“Perubahan kepimpinan MPN sekarang sangat tidak sesuai kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah semakin hampir.

“Saya bukan tidak bersetuju dengan individu yang dilantik oleh Presiden tapi, masanya tidak sesuai. Sekarang pimpinan parti seharusnya bekerjasama bukan berpecah.

“Saya tidak senang hati dengan keadaan ini maka, saya tiada pilihan selain meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, beliau turut mengandaikan PKR mungkin akan kehilangan kerusi Parlimen Tawau dan Putatan susulan perubahan kepimpinan di peringkat negeri,”

Mengulas lanjut katanya, mereka berharap kehadiran Anwar ke Sabah akan menyelesaikan kemelut PKR Sabah yang berpecah kepada dua kem.

Namun, sangkaannya meleset apabila Anwar memutuskan menggugurkan Christina dan melantik Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah.

Katanya, Christina sudah bersama PKR selama lebih 20 tahun malah, dia juga merupakan Ahli Parlimen Tawau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api.

Johan berkata, perubahan pimpinan parti boleh dilakukan pada bila-bila masa tapi, bukan sekarang ketika PRU-15 begitu hampir.

Jelasnya, beliau sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti ketika Pakatan Harapan (PH) menandatangani memorandum persefaham (MoU) dengan kerajaan.

Sebenarnya tiada apa-apa manfaat diperoleh melalui MoU tersebut. Agak mengecewakan bagi sebuah parti yang digeruni bertindak menandatangani MoU sebegitu bersama kerajaan.

Baru-baru ini, Sangkar Rasam diumumkan menggantikan Christina sebagai Pengerusi MPN Sabah namun, Christina dikekalkan sebagai Pengerusi PH Sabah untuk berhadapan PRU-15. – UTUSAN

Ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya