‘Ada gerakan dalaman UMNO cuba adakan pemilihan sebelum PRU15’ - Utusan Malaysia

‘Ada gerakan dalaman UMNO cuba adakan pemilihan sebelum PRU15’

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat gerakan dalaman UMNO yang masih meneruskan usaha untuk mengadakan pemilihan parti terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Datuk Nur Jazlan Mohamed, kumpulan terbabit kini sedang mengumpul kekuatan daripada ketua-ketua bahagian bagi mendapatkan sokongan supaya terpilih pada pemilihan nanti.

Tambah beliau, kumpulan itu digerakkan sendiri oleh beberapa pemimpin UMNO negeri Johor.

“Licik sungguh strategi mereka. Kononnya buat perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian untuk berbincang pasal PRU15. Tapi mesyuarat betulnya hanya 10 minit, selepas itu panjang lebar berkempen dan melobi untuk jawatan dalam UMNO.

“Dalam saat-saat genting ini, dia dan kumpulannya, sepatutnya berfikir macam mana nak pastikan UMNO/BN boleh menang dan mengembalikan kegemilangan UMNO di Johor, bukannya sibuk nak merebut jawatan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua pihak seharusnya sedar dengan ‘amaran’ awal yang disebut Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohamed berhubung kajian yang BN hanya boleh menang 10 daripada 26 kerusi Parlimen meskipun parti itu menang besar pada PRN Johor baru-baru ini.

“Hasni sudah memberikan angka yang realistik dan sepatutnya semua pihak sedar akan cabaran besar menanti UMNO/BN pada PRU15. Jadi, nasihat saya pada kumpulan itu, tak usahlah nak kemaruk sangat kejar pemilihan UMNO kalau kedudukan kerusi pada PRU nanti pun belum tahu nasibnya.

“Sebaiknya gunakanlah nama besar dan kedudukan masing-masing sekarang untuk cuba meraih dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong UMNO/BN,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Nur Jazlan turut menggesa semua pihak kembali memperkukuh barisan jentera kerana mood pengundi di peringkat Parlimen hari ini dilihat lebih cenderung untuk memilih calon yang hanya lantang bersuara, namun tidak pandai menjalankan tugas dengan baik.

“Mood pengundi di peringkat Parlimen Johor sudah bertukar. Pilihan pengundi Johor semacam pengundi di Lembah Klang, mereka mahukan Ahli Parlimen seperti pembangkang yang suka buat kecoh dalam Dewan Rakyat, bersuara lantang walaupun tak tahu buat kerja.

“Sebab itulah dalam situasi PRU15 semakin hampir, setiap pihak perlu sedar diri dengan mengambil kesempatan dan peluang yang ada ini untuk terus memperkukuhkan jentera bagi memastikan kemenangan kembali memihak kepada UMNO/BN,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN