3 teras PRU perlu diadakan seawal boleh - Ahmad Zahid  - Utusan Malaysia

3 teras PRU perlu diadakan seawal boleh – Ahmad Zahid 

pembangkang
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga teras pertimbangan untuk pilihan raya umum (PRU) diadakan seawal yang boleh.

Menurut Ahmad Zahid, tiga aspek itu melibatkan keperluan satu-satu parti itu untuk dominan dalam kerajaan, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang perlu diperkasakan. 

“Pertama UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus dominan semula dalam kerajaan agar keputusan parti akan lebih ada tindakan segera dalam kerajaan. Isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah contoh diperlambatkan sedangkan parti sudah lama mendesak.

“Politik harus distabilkan. Apabila politik stabil fokus kepada isu rakyat dapat diberi keutamaan. Contoh, masih ada lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan walaupun tempoh pilihan raya kurang daripada setahun.

“Pertumbuhan ekonomi perlu diperkasakan. Dasar dan tindakan lebih bersepadu diperlukan membawa negara keluar daripada ketidaktentuan ekonomi. Kesemua ini memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Justeru Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sekiranya pilihan raya umum terus dilambatkan, maka ia melambatkan ketiga-tiga perkara tersebut yang saling berkaitan antara satu sama lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya