KPDNHEP perlu tubuh majlis perlindungan pengguna Sarawak

YPNM gesa KPDNHEP tubuh majlis perlindungan pengguna di Sarawak

Satu majlis perlindungan pengguna pelru diwujudkan di Sarawak. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) menggesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menubuhkan satu Majlis Pergerakan Pengguna Sarawak bagi perlindungan pengguna yang lebih efesien.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan YPNM mahun agar pemimpinnya diberikan kedudukan di dalam majlis tersebut agar mereka dapat melihat kepentingan pengguna.

“Kami mahu wakil kami dalam majlis di mana pemimpin kami boleh duduk bersama-sama dengan jabatan kerajaan supaya kami dapat membincangkan beberapa perkara yang timbul di akar umbi hingga ke peringkat atasan yang melibatkan kepenggunaan, aduan di sekelliling bahagian atau sebarang aduan mengenai majlis daerah agar dapat membawa kepada penyelesaian,” katanya.

Firdaus berkata di peringkat Persekutuan, majlis seperti itu telah pun wujud tetapi dengan nama berbeza iaitu Majlis Gerakan Pengguna.

“Jika diwujudkan nanti, majlis ini akan bertindak sebagai jambatan penghubung antara pengguna dan kerajaan di Sarawak mahupun di peringkat negeri dan daerah,” ujarnya kepada media selepas menghadiri Seminar Cabaran Pengguna Dalam Pelaburan anjuran YPNM di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Kerajaan Persekutuan telah memenuhi permintaan terdahulu yang dibuat pihak YPNM pada 10 tahun yang lalu.

“Sepuluh tahun lalu di Sibu ketika kita dikenali sebagai Persatuan Pengguna Malaysia, kita meminta Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan harga barangan di Sabah dan Sarawak sama dengan harga di Semenanjung Malaysia.

“Ini telahpun dipenuhi kerana kerajaan menanggung kos pengangkutan barang ke dua negeri. Sekarang anda boleh lihat harga barang di Miri dan Kapit sama dengan di Semenanjung,” katanya.

Permintaan lain yang turut dipenuhi ialahkepada kerajaan Persekutuan ketika itu untuk membina lebuh raya dari Kuching ke Kota Kinabalu.

“Masa itu barang terpaksa dihantar melalui kargo udara, jadi lebih mahal. Dengan Lebuhraya Pan Borneo hampir siap, kita kini boleh menghantar barang melalui jalan darat. Ini jelas telah memberi manfaat kepada rakyat tanpa menanggung kos yang tinggi,” katanya.

Firdaus turut berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang merupakan Ketua Menteri ketika itu kerana meluluskan ahli Yayasan dilantik sebagai ahli Majlis daerah.

Untuk rekod, seramai 200 orang terdiri daripada peniaga dan pengguna menyertai seminar yang dianjurkan Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

End.

290722-swk-YPNMmajlis-1: MOHD. FIRDAUS ABDULLAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya