Warisan kecewa semua usul ditolak DUN Sabah

Warisan kecewa semua usul ditolak DUN Sabah

JUNZ Wong (kanan) bersama Darell Leiking (dua kanan), Sarifuddin Hata (dua kiri) dan ADUN Warisan yang lain dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) melahirkan kekecewaan kerana tiada satu pun usul yang dikemukakan diterima oleh DUN Sabah.

Empat usul yang dihantar langsung tidak dibahaskan dalam persidangan DUN yang berakhir hari ini. Usul-usul itu adalah mengenai ancaman keselamatan susulan tuntutan waris Sultan Sulu, kos sara hidup, inflasi dan keselamatan makanan.

Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, ADUN Warisan tidak mahu menjadi ‘rubber-stamp’ kepada kerajaan bagi menolong mereka meluluskan apa yang dimahukan.

Warisan mahu membawa suara dan isu-isu rakyat yang dilihat langsung tidak dipedulikan pada sidang DUN yang berakhir hari ini. Dua hari terakhir persidangan DUN hanya berlangsung separuh hari.

Katanya, kerajaan hari ini seperti tidak faham apa yang dialami oleh masyarakat di peringkat akar umbi. Jadi, rakyat harus menilai adakah ini pemimpin yang mereka mahukan.

“Kerajaan seharusnya mendengar isu ini dibentangkan. Isu berkaitan keselamatan makanan, kenaikan harga barang ini adalah isu-isu yang sedang dialami oleh rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan hari ini.

Sementara itu, ADUN Merotai, Sarifuddin Hata berkata, usul mengenai keselamatan makanan yang dikemukakan olehnya ditolak tanpa alasan yang kukuh.

Beliau mempersoalkan tindakan Speaker DUN, Datuk Kadzim M. Yahya yang tidak mahu memberi ruang untuk membahaskan tentang isu keselamatan dan bekalan makanan yang semakin meruncing.

Katanya, isu sebegini sangat penting kerana ia membabitkan masalah yang berkait rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi. Malah, banyak aduan mengenai bekalan makanan yang diterima setiap hari.

“Kalau kita boleh gunakan banyak masa membincangkan usul kenaikan gaji takkan kita tidak boleh ambil sedikit masa bincangkan masalah rakyat.

“Kita mahu realiti yang dihadapi rakyat dibincangkan secara telus agar rakyat tahu mengenainya.

“Saya begitu kecewa kita boleh menghabiskan masa dua hingga tiga jam bincang tentang kenaikan gaji ketua menteri, menteri, pembantu menteri, speaker dan ADUN tapi, tidak boleh ambil sedikit masa bincangkan tentang isu rakyat,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Warisan yang juga ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking; ADUN Elopura, Calvin Chong; ADUN Sri Tanjung, Justin Wong; ADUN Karamunting, George Hiew dan ADUN-ADUN Warisan lain.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN