Vape berperisa nikotin RM2.7 juta dirampas

Vape berperisa nikotin RM2.7 juta dirampas

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan dua sindiket barangan kontraban bernilai RM 3.6 juta dalam tangkapan berasingan di Johor dan Selangor bermula 12 Julai sehingga Jumaat lalu.

Serbuan berkenaan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hasil maklumat dan risikan.

Menerusi serbuan pertama, satu sindiket menyeludup botol vape disyaki mengandungi nikotin bernilai RM 2.7 juta tumpas di Kajang, Selangor 13 Julai lalu.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenyataan berkata, sejumlah kotak dan botol vape mengandungi nikotin telah dirampas.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, kata Noorsiah, CPSK turut melakukan serbuan kedua di Johor Bahru keesokannya yang mana berjaya menumpaskan satu sindiket terlibat menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi bernilai RM 988,850.55

Kata beliau, hasil serbuan itu, enam lelaki tempatan ditahan selain sejumlah 45,997 liter minyak diesel dirampas.

“Turut dirampas iaitu lima unit tangki minyak diesel bersama empat buah lori.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.

Kata Noorsiah, PDRM melalui KDNKA akan terus komited dalam melaksanakan operasi mebanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan atau bersubsidi.

“Operasi berterusan ini dilakukan agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN