JOHOR BAHRU: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor amat kesal dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menggesa kerajaan Pusat tidak melayan tuntutan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta menteri daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua Armada Johor, Muhd. Shamsuddin Paijan berkata, kehadiran seorang TPM selain menteri daripada PN seperti yang telah dijanjikan akan membantu meningkatkan lagi kecekapan kerajaan Pusat. Ia termasuk dalam menguruskan pelbagai isu…









