TMJ cadang MB pakai selipar - Utusan Malaysia

TMJ cadang MB pakai selipar

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kasut kulit mewah yang dipakai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi topik berita kebanyakan akhbar bukan Melayu.

Tunku Ismail menerusi kiriman ciapan dalam Twitternya tengah malam tadi menasihati Onn Hafiz mengabaikan isu yang ditimbulkan, sebaliknya fokus terhadap tugas mentadbir negeri ini.

“Benda macam ini pun jadi isu? Dato’ (Datuk) saya cadangkan lepas ni Dato’ pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato’ dan beberapa pegawai kerajaan.

“Dato’, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah baginda.

Semalam, beberapa penerbitan akhbar bukan Melayu mensensasikan Onn Hafiz yang memakai kasut kulit mewah yang mencecah RM40,000.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menafikan dakwaan individu yang mengatakan beliau memakai kasut yang berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan memegang jawatan berkenaan.

Beliau memberitahu, kasut tersebut adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya