Tindakan pantas polis tahan pencuri terima pujian

Tindakan pantas polis tahan pencuri terima pujian

SARJAN Rohaizad Idris menunjukkan suspek lelaki yang berjaya ditahan ketika cuba melarikan beg mengandungi wang tunai dalam sebuah kereta di hadapan sebuah bank di Jalan Genuang, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Cubaan seorang lelaki untuk melarikan beg duit dalam sebuah kenderaan di Jalan Genuang di sini gagal apabila berjaya ditahan anggota polis yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Kisah lelaki disyaki terbabit dalam kes cubaan mencuri beg dalam kereta seorang lelaki serta anaknya yang menjerit itu turut tular dalam media sosial sejak semalam.

Orang ramai memuji kejayaan pihak polis IPD Segamat yang bertindak pantas menangkap suspek dalam kejadian di hadapan sebuah bank di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 10.10 pagi kelmarin itu, pemilik kenderaan Proton Iswara, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an meninggalkan anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kereta berseorangan untuk berurusan di sebuah bank berhampiran. 

“Kereta itu kemudiannya didatangi seorang lelaki berusia 45 tahun. Lelaki tersebut membuka pintu penumpang hadapan sebelum cuba melarikan sebuah beg berwarna coklat mengandungi sejumlah wang. 

“Kanak-kanak lelaki tersebut yang melihat kejadian itu kemudiannya menjerit meminta tolong daripada orang ramai yang berhampiran. Kebetulan kehadiran polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah di lokasi kejadian menyebabkan suspek berjaya diberkas serta-merta. 

“Ketika kejadian, Sarjan Rohaizad Idris, 54, bersama-sama dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Segamat melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut,” katanya di sini. 

Menurut Bahrin, modus operandi suspek yang merupakan warga Indonesia memegang status pemastautin tetap adalah memasuki kenderaan tidak berkunci, seterusnya melarikan pelbagai barangan berharga milik mangsa.

Hasil siasatan awal mendapati suspek turut memiliki enam rekod jenayah lampau selain tujuh kes berkaitan dadah dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri. 

Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan direman empat hari mulai semalam dan pihaknya juga sedang menyiasat kejadian lain yang mungkin membabitkan suspek.

Orang awam dinasihati agar tidak meninggalkan kanak-kanak berseorangan selain mengunci kenderaan yang ditinggalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya