Suami isteri mengaku tak salah miliki wang palsu 

Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki wang palsu 

SEPASANG suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas tuduhan memiliki wang kertas palsu sebanyak RM5,300 bulan lepas. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan memiliki wang kertas palsu sebanyak RM5,300 bulan lepas.

Kedua-dua tertuduh, Muammar Raid Abdul Malik, 33, dan Nadia Mohamed Hussain @ Brian Michael Lewis, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memiliki sebanyak 53 keping wang kertas palsu bernilai RM100 yang mana mereka tahu wang tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Jun lalu kira-kira pukul 11.30 malam di sebuah bilik beralamat di PMT 30, Mukim 8, Jalan Muthupalaniappan Sunway Wellesley di sini. 

Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Kes dikendalikan Pengawai Pendakwa, Mohamad Syarafuddin Mamat Mokhtar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, pihak pendakwa memohon mahkamah menetapkan jaminan yang tinggi kerana kedua-dua tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan penggunaan wang palsu.

Sementara itu, dalam rayuannya pula, tertuduh wanita memberitahu sedang hamil dan tidak bekerja buat masa ini manakala suaminya hanya seorang peniaga serta terpaksa menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta perlu melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes setiap dua minggu sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya