Sempat rakam gambar terakhir bersama ibu

Sempat rakam gambar terakhir bersama ibu – Anak sulung

JENAZAH pasangan warga emas yang maut dalam kemalangan di Jalan Jelai-Bukit Rokan, Tampin dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tampin semalam untuk dibawa ke tanah perkuburan bagi dikebumikan. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Jelai ke Bukit Rokan di sini semalam, memaklumkan sempat bergambar bersama kedua ibu bapanya itu buat kali terakhir pada hujung minggu lalu.

Noorsyikin Abd. Rashid, 41, berkata, gambar kenangan sekeluarga itu diambil selepas diminta sendiri oleh ibunya sendiri, Jamilah Perlus, 62, sewaktu menghadiri kenduri saudara mereka di Seri Menanti, Kuala Pilah.

“Semasa itu mak bergurau untuk tangkap gambar bersama-sama kerana berkemungkinan tidak berpeluang lagi selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tampin, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.50 pagi tadi, Jamilah bersama suaminya, Abd. Rashid Idris, 68, meninggal dunia selepas kereta Proton Waja dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, pemandu Nissan Grand Livina pula iaitu seorang wanita berumur 50-an dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan parah di kaki. 

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Jenazah pasangan suami isteri berkenaan  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ladang, Gemas selepas solat Isyak, semalam.

Dalam pada itu, menurut Noorsyikin, kejadian berkenaan begitu mengejutkan selepas kali dia baru berjumpa kedua ibu bapanya itu semalam di rumahnya di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

“Kami keluar dari rumah saya di Sri Petaling, saya ke tempat kerja manakala mereka bertolak pulang ke kampung. Kami bersalam dan saya cium tangan mereka seperti biasa.

“Mereka sangat sayangkan cucu, apabila mendengar ada mana-mana cucunya yang sakit atau demam, mereka akan tiba rumah anak-anak untuk menjenguk cucu mereka,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya