ROS belum keluarkan keputusan permohonan UMNO  

RoS belum keluarkan keputusan permohonan UMNO pinda perlembagaan parti 

HAMZAH Zainudin bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kompleks D, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum lagi mengeluarkan keputusan terhadap permohonan UMNO berhubung pindaan perlembagaan parti itu. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, walaupun RoS di bawah seliaannya, tetapi jabatan itu membuat keputusan secara bebas.

“Saya difahamkan, RoS belum lagi keluarkan surat. Betullah saya yang mengawalnya tetapi keputusan dibuat mereka. 

“Selaku Menteri Dalam Negeri, beliau hanya terlibat dalam permohonan rayuan. Perkara rayuan boleh tanya saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Surat Keputusan Kewarganegaraan, di sini hari ini. 

Ditanya mengenai tarikh akhir untuk RoS membuat keputusan itu sebelum 16 Julai ini, beliau berkata, ia adalah permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita tidak boleh salahkan Perdana Menteri, sebab beliau mohon kalau boleh dipercepatkan. Jika RoS boleh (bagi keputusan), dia buat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, parti itu tidak menerima sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut selepas mengemukakan pindaan perlembagaan parti pada 17 Mei lalu.

UMNO melakukan pindaan kepada Fasa 10.16 yang menyatakan Majlis Tertinggi (MT) berhak menangguhkan pemilihan pada peringkat MT, bahagian dan cawangan.

Penangguhan itu tidak boleh melebihi daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya