Ribut petir, hujan lebat landa KL, Selangor petang ini

Ribut petir, hujan lebat landa KL, Selangor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak petang ini.

Amaran itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, tengah hari tadi.

Ribut dijangka melanda beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor, meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka melanda Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Melaka melibatkan Alor Gajah.

Di Sabah, ribut akan melanda Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Kudat serta Labuan.

Di Sarawak, ribut akan membadai Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN