Remaja maut motosikal rempuh kereta Mercedes Benz - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal rempuh kereta Mercedes Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Klang Lama berhampiran sebuah stesen minyak di Desa Mentari, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun maut ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.12 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Benelli RFS ditunggang mangsa terlanggar kereta Mercedes Benz 230E.

“Pelanggaran itu berlaku ketika kereta berkenaan membelok ke kanan dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN