JAKARTA: Pelakon dan pengacara, Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina mengalami gangguan mistik ketika menziarah salah sebuah kediaman milik mereka baru-baru ini.
Menurut portal Liputan6, kedua pasangan itu cemas selepas diganggu suara kanak-kanak yang menyerupai suara anak mereka, Rafathar Malik ahmad.
“Suara siapa itu?” tanya Raffi ketika dia dan isteri cuba mencari arah datangnya suara misteri berkenaan.
Kejadian tersebut sempat dirakamkan dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram bundsthetic.
Perasaan seram bukan sahaja dirasakan pasangan suami isteri tersebut, malah para netizen yang menonton video terbabit.
“Mereka berdua sama-sama dengar. Bukan sahaja Gigi atau Raffi,” tulis pemilik akaun tererereredung.
“Eh iya, dengar. Benar atau content? Kalau benar, seram juga,” tulis pemilik akaun virnamiranti.
Raffi dan Nagita berkahwin pada 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rafathar dan Rayyanza Malik Ahmad.










