PKR hadapi masalah jentera? - Utusan Malaysia

PKR hadapi masalah jentera?

ANWAR Ibrahim berucap pada penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di IDCC Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: PKR dibimbangi menghadapi masalah jentera untuk menghadapi pilihan raya apabila pimpinannya sebelum ini termasuk di peringkat akar umbi dikatakan ‘terbuai’ dengan kejayaan menjadi kerajaan dan peroleh jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keadaan itu dilihat menjadi faktor kepada kebejatan keyakinan rakyat terhadap parti itu yang menilai mereka ketika mentadbir negara dalam tempoh 22 bulan sebelum ditumbangkan melalui pengkhianatan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR selepas ini akan memastikan pimpinan peringkat akar umbi bakal diangkat menjadi calon pilihan raya disemak dengan teliti termasuk memastikan mereka mempunyai dukungan jentera kuat serta sokongan wanita sebelum dibenarkan bertanding.

“Kalau kumpul jawatankuasa cabang, wanita, AMK dan Srikandi, ada lebih 100 orang, tetapi jentera yang 100 itu pun tak ada, kita hendak hadapi pilihan raya. Percayalah dalam penilaian kita kali ini, cabang dan bakal calon yang tidak ada persiapan jentera yang boleh kita semak, jangan harap dapat diangkat jadi calon.

“Kerana kita ini sampai ke tahap selesa betul, bila kita berkuasa, itu juga ujian yang cukup besar. Kita agak selesa, sudah buat, hantar bantuan kepada semua surau dan masjid, itu kerja kita kepada rakyat. Tetapi, bantuan itu kita dalam mempersiapkan jentera, ada dua hal yang berbeza.

“Ada kawasan, pengundinya 40,000 Melayu, 30,000 Cina, 10,000 India, tanya jentera semuanya Melayu atau Cina atau India. Ini semua akan mengundang malapetaka kepada kita. Parti ini pelbagai kaum, induknya memang betul Melayu, tetapi penyertaannya itu harus cukup mewakili semua kaum,” katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-16, hari ini.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, pilihan raya dianggap sudah cukup dekat dan gendangnya hampir dipalu, justeru menyeru pimpinan dan akar umbi bangkit bersiap memastikan jentera bersedia.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan seluruh anggota parti bersikap optimis mengharapkan sesuatu yang baik serta tidak berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa.

“Saya bangga kebanyakannya kawan-kawan kita dalam pemilihan, letakkan beberapa tokoh pemuda, wanita (pelbagai kaum) dan Rafizi tadi menyebutkan penyertaan wakil India Sabah dan Sarawak itu insya-Allah, saya akan betulkan.

“Tetapi, itu juga harus difikir dan diteliti oleh rakan-rakan yang menjadi perwakilan. Belum cukup matang bila kita gunakan kuasa kita memilih dan tidak sentiasa memikir bahawa parti ini harus diwakili oleh semua kaum dan wilayah. Jadi saya harap ini juga menjadi satu pengajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya