Perlu permit khas beli petrol

Perlu permit khas beli petrol

Minyak petrol RON95 akan dijual lebih mahal selepas Julai tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian perlu memohon permit khas di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, permit itu bertujuan mengelak daripada petrol dan diesel diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, keperluan permit khas ini adalah bagi pembelian melebihi 20 liter kecuali dalam kes-kes tertentu seperti kes kecemasan.

“Permit khas ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Jelas beliau, pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel mela­lui permit khas boleh menggunakan tong dram, plastik atau bekas yang sesuai mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

Tambah Alexander, antara pihak yang boleh memohon permit khas itu adalah pengguna forklift, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa (bukan pemegang kad e-nelayan).

“Permohonan boleh dibuat melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian iaitu portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di bawah AKB 1961, setiap stesen minyak perlu mempunyai lesen di bawah akta terbabit bagi membolehkan stesen minyak berkenaan berurus niaga.

Antara syarat yang ditetapkan di bawah lesen terbabit ialah stesen minyak tidak dibenarkan menjual diesel dan semua gred petrol kecuali pada tangki asal kenderaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN