Penghuni pusat jagaan cemas bumbung runtuh dipukul ribut

Penghuni pusat jagaan cemas bumbung runtuh dipukul ribut

L. Saraswathy (kiri) melihat bumbung yang runtuh akibat dipukul ribut di Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 42 penghuni Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas di sini, menempuh detik cemas apabila bumbung di halaman pusat jagaan tersebut runtuh akibat dilanda ribut dan hujan lebat, semalam.

Kejadian pada pukul 10.45 pagi itu turut merosakkan perabot dan bumbung klinik di dalam pusat jagaan tersebut.

Pengendali pusat jagaan tersebut, L. Saraswathy berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat jagaan itu dan terkejut sebaik sahaja sampai melihat bumbung sepanjang 15 meter dan dua meter lebar itu runtuh.

“Mujur semua penghuni seramai 42 orang yang berehat di bawah kawasan bumbung yang runtuh sempat menyelamatkan diri masuk ke dalam rumah sebaik sahaja melihat ribut mula melanda,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kejadian bumbung di pusat jagaan itu runtuh adalah kali kedua berlaku selepas insiden pertama pada April 2018.

Kira-kira RM35,000 peruntukan diperlukan untuk membaiki bumbung dan menggantikan perabot dan peralatan lain yang rosak.

Sementara itu, seoorang penghuni, Sukunah Ramah, 44, berkata, sebelum ribut melanda, dia mengambil baju di ampaian, kemudian terdengar bunyi angin yang sangat kuat.

“Saya berlari masuk ke dalam dan mengarahkan semua penghuni yang berehat di luar masuk dengan segera.

“Kemudian, saya melihat bumbung yang terletak kira- kira 10 meter tiba-tiba runtuh dalam sekelip mata diikuti dengan bunyi dentuman,’ katanya.

Pusat jagaan itu dihuni seramai 24 lelaki dan 18 wanita berusia antara 15 tahun hingga 98 tahun di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya ke dalam akaun Hong Leong Bank bernombor 22800028383 atas nama Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas atau menghubungi Saraswathy menerusi talian 0167353236. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN