Pengembara tak perlu isi Kad Pengembara dalam MySejahtera - Utusan Malaysia

Pengembara tak perlu isi Kad Pengembara dalam MySejahtera

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengembara yang memasuki Malaysia tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Kad Pengembara dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 1 Ogos ini. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kelonggaran ini diputuskan berikutan keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan terkawal selain memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke Malaysia.

Menurut beliau, kementerian sentiasa mempergiatkan aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia. 

“Ketika ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan demam melalui pengimbas suhu (thermal scanner) ataupun didapati tidak sihat melalui rujukan kendiri oleh pengembara, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan.

“Selepas penilaian kesihatan dibuat dan sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti Covid-19, cacar monyet, MERS-CoV atau lain-

lain, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Katanya, semua pengembara yang baru tiba dari luar negara hendaklah mengamalkan pemantauan status kesihatan kendiri, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan dinasihatkan untuk pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan sekiranya didapati tidak sihat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya