Nenggiri: Orang Asli diberi penempatan selesa - Utusan Malaysia

Nenggiri: Orang Asli diberi penempatan selesa

PROJEK empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyediakan penempatan baharu lebih selesa kepada komuniti Orang Asli yang terjejas akibat pelaksanaan Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri, Gua Musang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, faedah tersebut merangkumi kemudahan awam selain Orang Asli berkenaan turut berpeluang mengusahakan penanaman getah di lokasi baharu nanti.

“Setakat ini kita (kerajaan negeri) telah mengadakan 30 kali sesi libat urus bersama komuniti Orang Asli di Pos Tohoi dan Pos Pulat bagi membincangkan isu berkait dengan projek tersebut,”  katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh dari Pas iaitu Abdul Rahman Yunus  (PAS-Pasir Tumboh) mengenai faedah Projek Empangan Nenggiri kepada penduduk Orang Asli pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 billion itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) sekali gus meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di semenanjung.

Projek yang dijangka beroperasi pertengahan tahun 2027 itu secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2035.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya