Mysubsidi Permit Khas: Pengusaha stesen minyak jangan keliru - Utusan Malaysia

Mysubsidi Permit Khas: Pengusaha stesen minyak jangan keliru

NGWE HEE SEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pengusaha stesen minyak di negeri ini diminta tidak keliru dengan larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas sehingga menyukarkan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, ini kerana larangan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 itu hanya terpakai bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter.

Menurut beliau, salah faham itu telah menyebabkan golongan pekebun, pemotong rumput, mereka yang tinggal di pedalaman dan lain-lain berdepan kesukaran membeli bahan api dalam tong, sejak perkara berkenaan disiarkan media arus perdana serta media sosial.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka terima banyak aduan yang dilaporkan golongan seperti pekebun dan mereka yang tinggal jauh di kampung-kampung. Ini kerana mereka tidak dibenarkan membeli petrol dan diesel menggunakan tong oleh sesetengah stesen minyak.

“AKB 1961 hanya terpakai kepada pembelian di atas 20 liter, ini supaya barang kawalan dan bersubsidi tidak diseleweng oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Cuma pembelian di bawah 20 liter dibenarkan contohnya untuk kegunaan bagi memotong rumput dan mereka yang tinggal jauh dari kemudahan stesen minyak,” katanya ketika sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke sebuah kilang permainan kanak-kanak di sini hari ini.

Mengulas berkenaan permit khas bagi pembelian melebih 20 liter, Hee Sem berkata, permohonan boleh dibuat melalui dalam talian menggunakan sistem ‘Mysubsidi Permit Khas’ atau hadir sendiri ke pejabat KPDNHEP berhampiran.

Jelasnya, permit khas tersebut adalah percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran dan terbuka kepada semua pihak berkelayakan.

“Mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran melalui permit khas boleh menggunakan tong bersesuaian, namun perlu mengikut kuantiti harian yang diluluskan kerajaan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya