Mayat lelaki ditemukan tergantung dalam perigi

Mayat lelaki ditemukan tergantung dalam perigi

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah perigi dalam kejadian di Pasir Panjang, Port Dickson, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam perigi di sebuah kampung di Pasir Panjang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 66 tahun itu ditemukan dalam keadaan tergantung di dalam perigi itu kira-kira pukul 11 pagi.

“Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan si mati dijumpai tergantung di dalam perigi.

“Pemeriksaan awal setakat ini tidak menemukan sebarang perlakuan jenayah dan dipercayai si mati cuba bunuh diri namun siasatan susulan daripada pelbagai sudut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Aidi Sham menambah, siasatan awal juga mendapati si mati tidak bekerja dan mempunyai sejarah perubatan di Klinik Psikiatrik Hospital Port Dickson sejak tahun 2019 dan kali terakhir menjalani rawatan susulan adalah pada 7 Jun lalu.

“Bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi menentukan sebab kematian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.