PONTIAN: UMNO optimis bahawa Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan larangan lompat parti akan mendapat sokongan semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan, blok pembangkang dan bebas. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setelah hampir 10 bulan dibincangkan dan kegagalan pembentangan bagi kali pertama sebelum ini sewajar dinoktahkan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula minggu depan. Beliau yakin kesemua 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tiada masalah untuk memberikan sokongan terhadap…










