Lelaki direman seminggu bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar

Lelaki direman seminggu bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar

SUSPEK (depan) kes pembunuhan sepasang suami isteri di Taman Bercham Aman, Bercham di Ipoh, Perak dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penganggur ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang dan kakak iparnya yang mayat mereka ditemukan di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Bercham, di sini semalam.

Suspek berusia 61 tahun itu direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Jesseca Daimis di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian baju-T berwarna kelabu dan seluar khakis itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak polis pada pukul 8.50 pagi dengan diiringi kawalan polis pengiring.

Suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga milik kakak iparnya selepas kejadian semalam, diberkas dalam tempoh 11 jam selepas laporan polis di sebuah hotel di Genting Highlands pada pukul 7.45 malam, semalam.

Suspek ditangkap bersama sebilah kapak yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam insiden pembunuhan berkenaan.

KERATAN laporan Utusan Online.

Semalam, mayat suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di kepala di ruang tamu rumah.

Mayat kedua-dua mangsa itu dijumpai oleh abang kepada mangsa lelaki pada pukul 8.50 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya