Kumpulan anjing liar ancam pengunjung Pantai Klebang

Kumpulan anjing liar ancam pengunjung Pantai Klebang

ANJING liar berkeliaran mencari sisa makanan di Pantai Klebang, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kemunculan kumpulan anjing liar di Pantai Klebang di sini terutama pada waktu malam mengundang perasaan kurang sela­mat dalam kalangan pengun­jung dan peniaga di situ.

Kelibat haiwan berkena­an yang menyelongkar tong sampah mencari sisa maka­nan menimbulkan isu kebersihan dan keselamatan penduduk terutama ke­pada kanak-kanak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanjiran pe­ngunjung di pantai ber­kenaan terutama pada cuti umum dan hujung minggu menyebabkan tong-tong sam­­pah sedia ada tidak mam­pu menampung kapasi­ti buangan.

PENGUNJUNG yang bersantai di Pantai Klebang, Melaka bimbang kehadiran anjing liar mengancam keselamatan mereka. – FOTO/RASUL AZLI SAMAD

Situasi itu menyebabkan segelintir individu tidak bertanggungjawab bertindak membuang sampah merata-rata sehingga kawasan itu menjadi tumpuan haiwan berkenaan.

Seorang peniaga, Ahmad Abdullah ketika ditemui berkata, masalah itu kian ber­larutan saban minggu memandangkan kelompok an­jing liar yang datang ke si­tu kian bertambah, malah tu­rut menyebabkan perga­du­han akibat berebut sisa makanan.

“Kalau waktu hujung ming­­­gu saya rasa antara la­pan ke 10 ekor anjing liar akan berkeliaran di sini pada wak­tu malam, selongkar tong sampah untuk cari makanan. Bila terlalu banyak, haiwan itu mula bergaduh sesama sendiri dan situasi itu amat merisaukan, sebab kita takut anjing ini hilang kawalan kemudian serang manusia.

“Saya minta Majlis Ban­daraya Melaka Bersejarah (MBMB) ambil tindakan se­patutnya, contohnya kerapkan jadual kutipan sampah su­paya kumpulan anjing liar ini tidak ada sumber ma­kanan. Kita risau bila ia sudah biasa datang ke sini, nanti akan diserang pu­la pengunjung terutama budak-budak yang memba­wa makanan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Nor Aminah Muhammad pula membangkitkan isu kebersihan apabila anjing liar berkenaan dilihat membuang najis di kawasan pantai.

Katanya, ini kerana majoriti anak-anak kecil yang hadir ke lokasi pelancongan itu gemar bermain pasir dan situasi tersebut jelas me­runsingkan ibu bapa.

“Salah satu tarikan utama Pantai Klebang adalah pasirnya, anak-anak memang suka main pasir di sini, itu sudah jadi kebiasaan. Jadi bi­la ada anjing liar di sini, kita khuatir dengan isu kebersihan. Pastinya haiwan itu akan buang najis di sini, itu antara kebimbangan kita sebagai ibu bapa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN