KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengambil langkah segera membantu pengusaha ikan sangkar di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu, dekat sini yang terjejas akibat paras air sungai cetek sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM57,500. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, siasatan tapak dan pemantauan dijalankan Jabatan Perikanan (DOF) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati, keadaan itu berpunca daripada perubahan cuaca panas, kekurangan…










