Kes Macau Scam di Melaka cecah RM4.4 juta tahun ini

Kes Macau Scam di Melaka cecah RM4.4 juta tahun ini

ZAINOL Samah (tengah) berucap pada perhimpunan bulanan di Padang Kawad IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 320 kes Macau Scam direkodkan di Melaka bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan kerugian hampir RM4.4 juta.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, jumlah itu meningkat sebanyak lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya merekodkan 304 kes bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, namun meningkat tahun ini.

“Situasi ini adalah membimbangkan, malah sehingga Jun lalu jumlah kerugian telah mencecah RM4.4 juta.

“Antara kes Macau Scam yang direkodkan adalah membabitkan pinjaman wang, pelaburan tidak wujud serta pembelian dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Pride Of Workmanship di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol memberitahu, polis akan menggerakkan kempen kesedaran kepada masyarakat terutama kawasan luar bandar untuk memberi pendedahan mengenai modus operandi sindiket berkenaan.

Katanya, ia termasuk penerangan khusus mengenai penipuan menerusi panggilan telefon serta iklan dalam talian atau laman sosial yang meragukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya