Kereta hilang di Genting Highlands, ditemukan di Putrajaya - Utusan Malaysia

Kereta hilang di Genting Highlands, ditemukan di Putrajaya

KERETA jenis Honda Civic Type R milik seorang lelaki warganegara Singapura ditemukan di parkir sebuah kondominium Putrajaya pada 19 Julai lalu. - IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis Bentong sedang menjejaki suspek yang dipercayai terlibat dengan kes kecurian kereta milik warganegara Singapura di sebuah parkir pusat membeli belah ketika bercuti di Genting Highlands, 16 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kehilangan kereta jenis Honda Civic Type R itu disedari pemiliknya yang berusia 28 tahun kira-kira pukul 6 petang dan membuat laporan polis hari yang sama.  

“Mangsa merupakan eksekutif operasi di Singapura dan ketika kejadian sedang bercuti di pusat peranginan di daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kereta milik mangsa ditemukan semula oleh seorang pengawal keselamatan di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Putrajaya pada 19 Julai lalu, pukul 7.48 malam.

“Siasatan polis mendapati kenderaan tersebut didaftar masuk ke kawasan kondominium tersebut pada 16 Julai lalu kira-kira pukul 6 pagi.

“Polis telahpun menghubungi mangsa dan memaklumkan penemuan semula kereta miliknya. Kes kehilangan kereta mangsa akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Ujarnya, polis sedang giat menjalankan siasatan kes terbabit berdasarkan beberapa hasil rakaman dari kamera litar tertutup diperoleh. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya