Kerajaan tak berdiam diri, tingkatkan penguatkuasaan agar subsidi

Isu subsidi: Kerajaan tidak berdiam diri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan subsidi bersasar namun tidak akan menindas go­longan berpendapatan kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ter­dapat beberapa faktor yang menyebabkan subsidi bersasar tidak dapat dilaksanakan de­ngan berkesan, termasuklah pem­berian subsidi terhadap mi­nyak masak berpeket.

“Yang susah nak kawal, mi­nyak masak peket untuk kegunaan rumah tetapi pengusaha-pengusaha restoran besar meng­­­gunakannya dan satu lagi agak sukar nak ka­wal. Tak sampai hati nak ambil tindakan terhadap mak cik-mak cik yang jual goreng pisang.

“Mereka tak boleh gunakan minyak masak untuk kegunaan jual goreng pisang, itu salah. Sebab minyak masak peket ti­dak boleh guna untuk komersial, tapi adakah penguatkuasa nak saman mak cik atau rampas minyak masak mereka?

“Nanti dituduh kita zalim pu­la kepada rakyat yang miskin ini yang nak menjual, kais pagi ma­kan pagi.

“Jadi, bukan sesuatu yang mu­­dah, ada perkara yang perlu di­pertimbangkan, tetapi per­caya­lah kerajaan tidak berdiam diri dan Perdana Menteri tidak boleh dikatakan tidak melakukan apa-apa tindakan. Insya-Allah kita akan lakukan yang ter­baik untuk kepentingan negara,” katanya da­lam sesi perta­nyaan lisan di Dewan Rakyat, se­malam.

Ismail Sabri mengakui, mi­nyak masak peket bersubsidi se­ring diseleweng kerana harga­nya RM2.50 terlampau rendah.

“Bayangkan harga sebenar RM9, kalau penyeludup bawa keluar jual harga RM5, dia dah untung RM2.50 satu peket, jadi perniagaannya sangat menguntungkan kepada penyeludup.

“Sebab itu kita sedang mengambil tindakan punca minyak masak dikeluarkan pengilang. Kita akan audit pengilang, kita akan dapatkan perincian, siapa pembeli minyak masak daripada mereka,” katanya.

Jelasnya, yang paling terdedah kepada penyelewengan adalah pembungkus minyak masak.

“Mereka diberi kebenaran membungkus satu tan minyak masak, ke mana minyak masak itu dihantar. Jadi kita akan dapatkan nama-nama di kilang-kilang tersebut, siapa penerima minyak masak tersebut dan kita akan siasat pembekal itu, berapa banyak dia dapat, sebab kadang-kadang tak sampai ke pembekal…daripada kilang bawa ke lain, jadi kita akan dapatkan perincian, pastikan tiada penyelewengan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga pernah berdepan dengan isu keberkesanan subsidi bersasar untuk RON95 ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Banyak persoalan timbul, siapa yang berhak dapat, kita kata, kereta 2,000cc ke bawah, jadi berbagai-bagai isu timbul mengenai ini.

“Di kampung, pak imam pakai Volvo 2,000cc tapi harga Volvo RM10,000. Dia tak boleh mendapat subsidi kerana dia pakai 2,000cc ke atas, sedang­kan ada kereta mini yang kecil harga dia beratus ribu tapi kerana kurang 2,000cc jadi dia berhak dapat subsidi.

“Jadi, ini antara perkara yang perlu kita perincikan, bagaimana cara mekanismenya, adakah kita nak beri gula atau gandum, minyak masak menggunakan kupon, adakah kupon boleh digunakan ataupun guna MyKad untuk membeli dan sebagai­nya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mem­beri jaminan isu subsidi bersasar akan dibentangkan di Parlimen.

“Kita sedang perincikan, insya-Allah kita akan bentangkan apakah cara yang kita akan gunakan dari segi subsidi bersasar. Memang kerajaan kerugian besar akibat subsidi tersasar atau tidak bersasar kerana semua pihak menikmatinya, sepatutnya khusus untuk golongan yang berhak iaitu golongan miskin

“Cadangan subsidi bersasar bermula dari beberapa kerajaan tetapi sampai sekarang masih belum boleh dilaksanakan.

“Jadi kerajaan sedang me­rangka mekanisme supaya tidak ada yang tercicir dan tertinggal, kita sedang cari mekanisme yang sesuai supaya semua yang berhak mendapat subsidi akan mendapat subsidi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN