Kelantan guna 'dron' pantau pembalakan - Utusan Malaysia

Kelantan guna ‘dron’ pantau pembalakan

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia menggunakan dron dalam menangani masalah pembalakan haram di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, selain dron kaedah pemantauan kawasan hutan secara berkala, penderiaan jauh akan digunakan dalam membanteras kegiatan tersebut.

“Kerajaan negeri memandang serius masalah pembalakan haram ini dan telah mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan pendakwaan di mahkamah melalui peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.

“Jumlah aktiviti pembalakan haram yang berjaya dikesan di negeri ini adalah seluas 10.84 hektar pada tahun 2020 melibatkan satu kawasan dan seluas 21.85 hektar pada tahun 2021 melibatkan satu kawasan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tendong, Rozi Muhamad pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Ahmad memberitahu, pemantauan berkala dilaksanakan berterusan walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN