LAS VEGAS: Pasangan sensasi, Jenifer Lopez dan Ben Affleck disahkan berkahwin dekat sini Sabtu lalu waktu tempatan.
Lapor BBC, kedua pasangan itu terbang ke Las Vegas untuk untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Jenifer memaklumkan perkara itu menerusi laman web ontheJLo.
“Kami melakukannya. Cinta itu indah dan baik. Cinta juga adalah kesabaran, 20 tahun lamanya.
“Benar kata mereka, anda hanya perlukan cinta.
“Kami bersyukur kerana memiliki keluarga baharu dengan lima cahaya mata dan kehidupan yang bakal kami jalani bersama,” katanya.
Dalam pada itu, gambar Jenifer mengenakan persalinan perkahwinan serba putih tular selepas pendadan rambutnya, Chris Appleton berkongsi gambar tersebut di Instagram.
Jenifer pada keesokan hari selepas perkahwinan itu memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya bersama cincin perkahwinan.
Jenifer dan Ben pertama kali dipertemukan di set penggambaran filem Gigli pada 2002 sebelum mengikat tali pertunangan pada 2003.
Namun hubungan mereka terlerai apabila keduanya memutuskan untuk berpisah pada 2004.
Namun cinta berputik semula bagi Jenifer dan Ben selepas beberapa gambar yang menunjukkan kemesraan antara mereka mula bertebaran di laman maya sejak tahun lepas.
Perkahwinan tersebut merupakan yang keempat untuk Jenifer manakala yang kedua buat Ben.