JBPM sasar 9 pingat emas Sukan Bomba Sedunia di Belanda

JBPM sasar 9 pingat emas Sukan Bomba Sedunia di Belanda

MOHAMMAD Hamdan Wahid (tengah) ketika penyerahan pakaian kontinjen bomba pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen JPBM Ke World Police And Fire Games Rotterdam 2022 di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk meraih sembilan pingat emas pada Sukan Polis dan Bomba Sedunia 2022 di Rotterdam, Belanda.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, sasaran itu dianggap agak realistik setelah melakukan penilaian pencapaian semasa sebelum temasya tersebut.

Sebelum ini ketika kejohanan sama di Chengdu, China pada 2019 lalu, JBPM tanpa diduga telah berjaya membawa balik sejumlah tujuh pingat emas, dua lagi perak dan tiga gangsa.

“Kita amat yakin dengan sasaran kali ini tetapi jika berjaya dapat lebih pingat, maka ia akan dianggap sebagai bonus tambahan,” katanya ketika ditemui para pemberita di sini hari ini selepas menerima bendera JBPM sebagai Timbalan Chief de Mission ke Sukan Polis dan Bomba Sedunia 2022 di Belanda yang bakal berlangsung bermula pada 22 Julai.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Noor Azman Taib bertindak sebagai Chief de Mission serta antara pemain terlibat dalam kontinjen JBPM.

Seramai 41 pegawai JBPM akan menyertai temasya empat tahun sekali itu dalam lima jenis permainan dengan sasaran kali ini untuk membawa pulang sejumlah sembilan pingat emas.

Ia meliputi 11 atlet bagi sukan golf, lapan atlet bagi acara badminton, tiga atlet bagi bench press dan push pull, lima atlet bagi sukan dart dan baki sembilan atlit bagi sukan tenpin boling. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN