Isu pekerja Indonesia: Selesaikan atau ekonomi makin teruk

Isu pekerja Indonesia: Selesaikan atau ekonomi makin teruk

indonesia
KERAJAAN perlu tegas laksana kenaikan gaji bagi mengelak tenaga kerja tempatan bekerja di luar negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia mesti segera ke meja rundingan dengan Indonesia untuk menjayakan pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) dan menyelesaikan semua isu berkaitan pembekuan tenaga kerja dari republik berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya gagal diselesaikan, isu tersebut akan memberi impak besar, termasuk mampu menjerumuskan negara dalam krisis makanan.

“Jika ini berterusan, Malaysia akan menghadapi krisis makanan yang parah, pertumbuhan ekonomi terbantut, sektor eksport yang malap serta pelabur domestik dan asing meninggalkan Malaysia untuk mencari destinasi pelaburan lebih kompetitif.

“Insiden ini juga menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia. Indonesia bukan sekadar negara tetangga yang sangat akrab. Ia adalah antara kuasa ekonomi terbesar dunia yang strategik bagi kebolehsaingan Malaysia.

“Kegagalan menghormati MoU ditandatangani di hadapan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia adalah insiden serius,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor mengakui, keputusan Indonesia membekukan sementara penghantaran semua tenaga kerja ke Malaysia sangat membimbangkan dan memberi kesan besar terhadap ekonomi negara dan hubungan dua hala.

Malah, menurutnya, proses pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung terhadap tenaga kerja asing, terutamanya dari Indonesia.

“Hampir semua sektor ekonomi terjejas teruk kerana kekurangan pekerja asing. Ia telah berterusan untuk sekian lama dan sangat mengecewakan,” kata beliau.

Khalid turut bimbang dengan tindakan negara yang dilihat mula mempunyai kecenderungan untuk tidak menghormati perjanjian dan persefahaman antarabangsa, termasuk mengambil enteng persefahaman yang dimeterai.

“Begitu juga maklum balas kita bahawa Malaysia mempunyai alternatif lain untuk sumber tenaga kerja, ia adalah kenyataan yang sangat angkuh.

“Umum mengetahui bahawa kita juga mempunyai masalah membawa masuk pekerja asing dari negara seperti Bangladesh. Malah tiada jaminan negara sumber lain akan yakin dengan Malaysia setelah apa yang berlaku dengan Indonesia dan Bangladesh.

“Tenaga kerja Indonesia penting kerana mempunyai persamaan budaya, agama dan nilai, menjadikan mereka lebih sesuai dan serasi dengan citra masyarakat Malaysia,” tegasnya sambil meminta supaya Duta Besar segera dihantar ke negara jiran berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya