PUTRAJAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu mencari isu baharu untuk membolehkan Pakatan Harapan (PH) terutama PKR menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan berhenti mengitar semula isu lama seperti kontroversi National Feedlot Corporation (NFC). Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kemunculan Rafizi secara aktif dalam politik negara sepatutnya perlu memberi impak kepada ahli-ahli PKR dan rakyat keseluruhannya yang lebih mementingkan soal kehidupan mereka…










