Generasi baharu Lepar Utara 3 minta geran tapak rumah

Generasi baharu Lepar Utara 3 minta geran tapak rumah

MOHD. Norodzaime Affandy Mohd. Rodzi (kanan) ketika meninjau tapak perumahan Generasi Baharu Felda Lepar Utara 3 yang masih menanti kelulusan mendapatkan geran tanah. – Utusan/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Felda Lepar Utara 3 di sini merupakan Felda pertama negeri ini yang memohon tapak untuk pembinaan perumahan generasi baharu Felda.

Kebanyakan Felda menyediakan tapak dan rumah, namun di tanah rancangan tersebut, mereka hanya memohon tapak dan akan membina sendiri rumah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Zon Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Lepar Utara, Mohd. Norodzaime Affandy Mohd. Rodzi, 35, berkata, permohonan tapak berke­naan telah dibuat sejak sekitar lima tahun lalu.

“Kami sudah beberapa kali bu­at permohonan dan dijanjikan dengan pemberian geran tanah selewatnya pada Februari lalu namun sehingga kini masih belum ada khabar berita.

“Setelah menerima geran, kami sudah menyediakan wang untuk bayaran premium tanah dan menjalankan kerja-kerja pembinaan,” katanya di sini semalam.

Tambah Mohd. Norodzaime Affandy, generasi baharu Felda di situ sudah mula putus harapan untuk terus menunggu pemberian geran tanah berke­naan.

“Selagi tiada geran, kami be­lum boleh meratakan tanah dan membahagikan tanah itu kepada lot-lot rumah. Selepas itu baharulah penerima melantik sesiapa yang mereka mahu untuk membina rumah di lot berke­naan,” katanya.

Tambahnya, pelbagai pihak telah datang untuk mengukur tapak berkenaan namun ia dilihat sekadar hendak menyedapkan hari penduduk.

“Mereka sudah beberapa ka­li datang untuk ukur tanah. Kami juga telah beberapa kali menyua­rakan perkara ini kepada pihak atasan, namun sehingga kini masih belum ada tanda geran itu akan diserahkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya