Elyana rawat kesihatan jiwa - Utusan Malaysia

Elyana rawat kesihatan jiwa

KEADAAN kesihatan Elyana kini semakin baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jauh di sudut hati kecil, dia terlalu rindukan zaman kegemilangan jiwa mudanya. Hasratnya besar dalam industri tanah air ini.

Jika mahu dikira dengan jari jemari, ya memang terlalu banyak impian yang hendak digapai oleh seorang figura berjiwa kental ini.

Namun penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal terpaksa ‘kuburkan’ kesemua impian yang diimpikan atas alasan tertentu.

Enggan mengingati kembali malah memilih untuk melupakan terus, penyanyi lagu popular Kalis Rindu ini memilih untuk mencipta memori baharu, pada masa ini.

“Banyak, banyak sangat. Biasa masa zaman muda kan banyak perkara yang kita impikan.

“Dari segi karier, nak jadi macam itu, nak jadi macam ini. Nak melakukan konsert dan menerbitkan banyak album.

“Kalau difikirkan, banyak sebenarnya. Tetapi itulah sekarang ini saya lupakan sahaja. Saya enggan ingat kembali,” katanya.

Menghidap barah pada usia muda dan lebih 10 tahun juga ‘melawan’ kanser limfoma. Elyana sama sekali enggan menyalahkan takdir mengapa dirinya diuji dengan ujian kesakitan begitu sedangkan mempunyai impian yang belum tercapai.

Ya, itulah alasan anak seni berbakat besar ini tidak mahu lagi ingat kembali hasrat yang ingin dicapainya sebelum ini.

“Ia kerana jika saya mengingati kembali, saya akan rasa rasa kecewa dan bimbang akan menyalahkan takdir seperti ‘kenapa aku sakit dalam usia seperti ini, kenapa hidup aku macam ini sedangkan ada impian’.

“Saya menjalani hidup sekarang hanya follow with the flow dan fokus mencipta memori.

Katanya, jika diberi peluang untuk merealisasikan impiannya yang telah terkubur pastinya dia mahu lakukan.

Namun, sedar dengan keadaan dirinya pada ketika ini, dia cuma mahu fokus merawat kesihatan jiwa bagi mengembirakan diri sendiri.

“Jika diberi peluang, sudah semestinya saya teringin sangat mahu lakukan setiap apa yang saya impikan itu. Tetapi saya sedar diri dengan keadaan saya ini.

“Namun, buat masa ini, saya fokus kehidupan sekarang. Yalah, saya yang kuburkannya.

“Selama ini saya banyak menggembirakan orang sekeliling, tetapi saya terlupa juga untuk gembirakan diri sendiri. Jadi, saya akan lebih ambil berat mengenai perasaan ini,” ujarnya panjang.

Selepas itu, sempat juga saya bertanya apa makna bercuti bagi Elyana. Menurut tuan empunya badan, manusia memerlukan percutian.

Selain prcutan juga adalah ‘ruang’ bagi dirinya untuk proses pemulihan dengan melupakan sejenak tanggungjawab hakiki di ibu kota.

“Sebenarnya bagi saya, manusia ini perlu bercuti. Ia kerana, itu adalah proses ‘healing’. Untuk saya, saya perlukan percutian yang jauh daripada rumah untuk proses healing.

“Apabila kita berada di rumah, kita sudah mula memikirkan kerja, kehidupan, anak dan sebagainya. Semua kena fikir sebab itu adalah tanggungjawab,” tuturnya.

Bagaimanapun, ia tidak sekali melepaskan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri namun dapat merehatkan minda seketika.

“Jadi apabila pergi bercuti, kita dapat merehatkan seketika minda. Bukanlah lari daripada tanggungjawab.

“Cuma untuk pemulihan mungkin agak mujarab sedikit kerana pada waktu itu kita mempunyai kebebasan.

“Maksudnya, kita kurangkan berfikir mengenai masalah, kesakitan. Jadi, untuk pemulihan itu agak cepat sedikitlah kerana minda dan tubuh badan kita berehat,” ujarnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya