Elyana jalani kemoterapi sekali lagi lepas raya haji - Utusan Malaysia

Elyana jalani kemoterapi sekali lagi lepas raya haji

ELYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Elyana Emrizal memaklumkan dia masih perlu meneruskan sekali lagi sesi rawatan kemoterapi walaupun doktor mengesahkan dia sudah bebas daripada kanser limfoma yang dihidapi­nya lebih 10 tahun.

Penyanyi dan pelakon itu berkata, rawatan kemoterapi itu dijangka dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha.

“Sekarang ini kesihatan saya seperti biasa dan walau kanser itu sudah tiada tetapi saya masih perlu menjalankan kemoterapi sekali lagi,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Elyana turut memaklumkan dia akan mengikut semua nasihat disyorkan doktor walaupun selepas selesai rawatan kemoterapi yang terakhir.

“Selepas itu, mungkin kita akan imbas dan lihat semula mengikut apa yang doktor telah rancang.
“Ada segelintir pesakit perlu membuat transplant, ada juga yang tidak perlu melakukan apa-apa lagi.

“Selain itu, ada segelintir­nya perlu juga melakukan rawatan kemoterapi lagi,” kongsi Elyana.

Pada Disember lalu, Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun diumumkan sembuh.

Terdahulu, dia pernah memaklumkan kanser itu menye­rang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN