Dua remaja maut motosikal terbabas di lebuh raya - Utusan Malaysia

Dua remaja maut motosikal terbabas di lebuh raya

KEADAAN mayat mangsa kemalangan motosikal di KM 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Taiping, Perak, malam tadi. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Dua remaja lelaki maut setelah motosikal ditunggang mereka terbabas di Kilometer 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, mangsa, Aiman Adha Mansor, 19, dan Muhammad Afif Haikal Mohamad Rizal, 19, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah ekoran kemalangan tersebut.

Katanya, pasukan bomba menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 9.21 malam.

“Seorang daripada mangsa tersepit antara pembahagi jalan manakala seorang lagi tercampak di tepi jalan.

“Pegawai perubatan yang hadir di lokasi kemalangan mengesahkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN