PKR bertanding 10 kerusi di PRN Sabah

PKR bertanding 10 kerusi di PRN Sabah

Nurul Izzah
NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada 29 November ini.

Perkata itu disahkan sendiri Timbalan presidennya, Nurul Izzah Anwar menerusi Facebook hari ini.

Nurul Izzah berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas perbincangan bersama barisan pimpinan dan rakan seperjuangan yang diberi amanah untuk memperkukuh suara rakyat Sabah.

“Kami (PKR) telah diberi amanah untuk bertanding di 10 kerusi bagi memastikan segala usaha memperjuangkan kepentingan Sabah dapat dilaksanakan.

“Sepertimana amanat yang disampaikan oleh PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kami akan terus berusaha dengan penuh keazaman untuk bekerja dan mendengar suara rakyat di Sabah,” kata beliau di Facebook hari ini.

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, 10 kerusi ini adalah untuk memastikan misi perjuangan hak Sabah terus dipacu dan bukan sekadar strategi pilihan raya semata.

Tambah Nurul Izzah, beliau turut mengaitkan mandat tersebut dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha memastikan suara dan kepentingan Sabah terus menjadi sebahagian daripada agenda nasional.

“Sejak Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran pada tahun 2022, usaha untuk memperjuangkan pelaksanaan MA63 telah pun dipertingkat, dipercepat dan digerakkan dengan lebih serius.

“Dalam tempoh 3 tahun, Kerajaan MADANI telah berjaya menyelesaikan 9 tuntutan utama , sesuatu yang gagal direalisasikan oleh pentadbiran sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan 41 calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN