Dua maut, 9 cedera dalam kemalangan di Pagoh

Dua maut, 9 cedera dalam kemalangan di Pagoh

PASUKAN bomba dan polis mengeluarkan mangsa-mangsa yang cedera dari dua MPV yang terlibat dalam kemalangan di KIlometer 144.8, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Dua maut manakala sembilan cedera selepas dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terlibat dalam kemalangan di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Pagoh di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, pemandu Honda Stream, Ariff Zainal, 40-an, dan seorang pemuda berusia 20-an yang berada bersama-samanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua yang lain, masing-masing berusia sembilan hingga 47 tahun dipercayai anak dan isteri Ariff, mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Mohd. Fadli Ismail berkata, kemalangan itu turut melibatkan sebuah Toyota Wish yang dinaiki tujuh sekeluarga.

“Kesemua mangsa yang berusia antara lapan hingga 47 tahun itu mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, pihak BBP Pagoh menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.03 malam sebelum ke lokasi kejadian.

Katanya, terdapat tiga mangsa yang dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan pada jarak 20 dan 30 meter.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Pasukan bomba turut menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Mohd. Fadli berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN