Budak lelaki hidap radang usus perlu bantuan

Budak lelaki hidap radang usus perlu bantuan

NOORSHAKILA Mohamad Noor Jalali menjaga anaknya Shaz Afif Firash berusia lapan tahun yang berbaring akibat menghidap penyakit radang usus ketika ditemui di Teluk Intan semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sepasang suami isteri di sini merayu sumbangan orang ramai bagi rawatan dan membeli susu khas untuk keperluan anak mereka yang menghidap sakit usus.

Noorshakila Mohamad Noor Jalali, 32, seorang pembantu awam di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan suaminya, Shahrizan Sharul Anuar, 32, yang bekerja sebagai pemandu van menjaga anak mereka, Shaz Afif Firash, 8, yang menghidap penyakit radang usus sejak setahun lalu.

Penyakit itu menyebabkan Shaz Afif perlu minum susu khas iaitu jenama Pediasure Vanilla kerana ususnya tidak boleh menerima makanan lain selain yang disyorkan oleh doktor.

Menurut Noorshakila, gajinya dan suami tidak cukup bagi kos rawatan dan perbelanjaan harian anaknya.

“Saya merayu jika ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kos rawatan dan membeli susu khas untuk anak saya.

“Kami tinggal menyewa selain terpaksa membawa anak kami menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh setiap bulan dengan kos RM350,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Orang ramai yang mahu membant boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Noorshakila menerusi Bank Islam 08031026679748 atas nama Noorshakila Mohamad Noor Jalali atau menghubunginya pada nombor 013-5277536.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN