KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen yang bertanding secara bebas kemudian menyertai parti politik pada masa yang dirasakan sesuai perlu diberi pengecualian dalam peruntukan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai larangan bertukar parti. Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berkata, calon bebas yang menang tanpa watikah sesebuah parti, menggunakan logo, moto, kewangan atau jenama parti kemudian menyertai parti politik tidak boleh dikira sebagai lompat parti. “Ini kerana secara teknikal…










