Amaran batalkan lesen 1,000 syarikat pengedar minyak

Amaran batalkan lesen 1,000 syarikat pengedar minyak

eCOSS akan diintegrasikan dengan platform MyKasih untuk membolehkan warga emas dan golongan miskin yang tiada telefon pintar membuat pembelian menggunakan kad pengenalan, sekali gus memastikan subsidi minyak masak dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan me­laksanakan program pemutihan mi­nyak masak peket bagi me­ng­­atasi ketirisan yang menye­babkan kerugian jutaan ringgit dan kekurangan bekalan.

Putrajaya juga memberi amaran pembatalan lesen kepada ratusan syarikat yang terbabit dalam pengedaran minyak masak bersubsidi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dipersetujui selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).

Katanya, operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif itu meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak peket di seluruh negara.

“Operasi ini bertujuan mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak peket yang dikelu­arkan syarikat pengeluaran dan pembungkusan serta maklumat lengkap penerima minyak masak bersubsidi itu.

“Perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak peket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara.

“Langkah ini demi memastikan peruntukan subsidi mi­nyak masak sebanyak RM4 bili­on yang disalurkan tahun ini untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia tidak tiris dalam setiap peringkat rantai­an serta sampai kepada pengguna,” katanya dalam satu ke­nyataan, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang diberikan kepada pengilang dan pembungkus boleh diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak ma­sak bersubsidi.

“Kerajaan telah mengerahkan pihak penguatkuasa yang ter­diri daripada Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menggempur dari peringkat ki­lang pembungkusan sehingga ke sempadan negara untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) pada sepanjang masa dengan jualan barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN