Amanah Pasir Gudang tolak keahlian Che Zakaria - Utusan Malaysia

Amanah Pasir Gudang tolak keahlian Che Zakaria

CHE Zakaria Mohd. Salleh (kiri) menyerahkan borang permohonan kepada Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan sambil disaksikan oleh Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Konvensyen Amanah Johor, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Pasir Gudang sebulat suara menolak permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh untuk menjadi ahli parti tersebut.

Ketua Bahagiannya, Syed Othman Syed Abdullah berkata, keputusan menolak permohonan Che Zakaria yang mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat semasa mesyuarat yang diadakan pada Sabtu lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan maklum balas daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian termasuk ahli cawangan yang jelas memberitahu mereka tidak mahu Che Zakaria menyertai bahagian itu.

“Biasanya bahagian akan menerima permohonan keahlian daripada mana-mana individu yang ingin menyertai Amanah dengan perkara tersebut akan dibawa kepada pucuk pimpinan negeri untuk diluluskan. Walau bagaimanapun, dalam kes Che Zakaria sebaliknya berlaku apabila beliau menyerahkan permohonannya sendiri kepada Amanah Johor, yang kemudiannya memajukannya kepada kami,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Keputusan bahagian itu yang menolak permohonan Che Zakaria berserta alasannya telah diberikan kepada pimpinan Amanah negeri pada Ahad lalu.

“Kini terpulang kepada Amanah negeri untuk memberikan permohonan itu kepada mana-mana bahagian lain yang boleh menerima keahlian Che Zakaria.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah politik peribadi dengan Che Zakaria walaupun dia telah keluar Bersatu. Malah kami ada mendekatinya untuk bekerjasama semasa Pilihan Raya Negeri lalu, tetapi sebaliknya dia berkempen untuk Parti Warisan. Jadi, apakah motif sebenar beliau mahu menyertai parti ini? Amanah Pasir Gudang telah menyatakan pendirian dengan jelas bahawa kami tidak mahu dia menjadi sebahagian daripada kami,” tegasnya.

Sabtu lalu, Che Zakaria mengumumkan beliau telah meninggalkan Bersatu dan menyertai Amanah ketika menghadiri Konvensyen Amanah Negeri Johor yang diadakan di Hotel Trove, di sini.

Menurut Che Zakaria, keputusan berkenaan dibuat selepas membuat pertimbangan selama lima bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya