MELAKA: Badan Perhubungan UMNO Melaka menafikan laporan sebuah portal yang dikatakan mendakwa, politik Melaka kembali bergolak. Pengerusinya, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, artikel tersebut berniat jahat serta bertujuan mengganggu-gugat kestabilan politik di negeri ini. “Pastinya rakyat Melaka yang telah memilih, mahu manifesto ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ diteruskan. Selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, saya tidak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. “Mandat rakyat yang diperolehi semasa pilihan…










