24 cabang PKR Perak buat laporan polis terhadap Najib - Utusan Malaysia

24 cabang PKR Perak buat laporan polis terhadap Najib

ENAM Cabang PKR Perak yang membuat laporan polis terhadap Najib Tun Razak di IPD Ipoh hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 24 cabang PKR Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kecuaian bekas Perdana Menteri itu sehingga negara berdepan tuntutan RM67.5 bilion daripada waris keturunan Sulu.

Wakil PKR negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, laporan polis itu dibuat serentak oleh ketua cabang PKR negeri bagi membolehkan kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu perlu disiasat mengikut Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan yang mengikat seorang pejawat awam semasa dalam perkhidmatan untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan beliau dalam menangani isu berkenaan.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya sikap Najib yang ingin mengelirukan rakyat dalam isu ini dengan cuba menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas tuntutan tersebut.

“Keputusan menghentikan bayaran pampasan dibuat ketika pentadbiran beliau sebagai perdana menteri pada tahun 2013 yang mana tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Kesultanan Sulu sebelum PH mengambil alih kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Hairul Amir yang juga ketua cabang PKR Kuala Kangsar membuat laporan polis bersama lima cabang PKR lain iaitu Tapah, Lenggong, Ipoh Timor, Gopeng dan Batu Gajah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat kini bergelut pasca Covid-19 dengan pelbagai subsidi ditarik balik, duit rakyat bukan digunakan untuk mengembangkan ekonomi dan menjaga kebajikan, sebaliknya digunakan sebagai bayaran hutang negara disebabkan oleh pimpinan negara dan penjawat awam yang tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap laporan polis ini membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian dan tanpa kecuaian yang noleh merugikan rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya