PETALING JAYA: Sebanyak 16,364 unit kuarters guru bernilai hampir RM1 bilion di seluruh negara terus terbiar sehingga menjadi sarang gejala sosial dan jenayah. Anggaran nilai projek terbiar tersebut berdasarkan harga binaan bagi seunit kuarters sekitar RM50,000 sebuah. Mengikut laporan Kementerian Pendidikan tahun 2019, lebih 16,000 unit masih kosong daripada jumlah keseluruhan 50,257 kuarters guru yang dibina. Daripada jumlah yang kosong pula hanya 6,302 unit dalam keadaan baik dan boleh diduduki…