14 wanita ditahan salah guna pas lawatan

14 wanita ditahan salah guna pas lawatan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tindakan seorang wanita warga asing mencampakkan telefon semasa cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa menggunakan pintu belakang premis gagal apabila dia dan 13 lagi wanita warga asing ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuah, lewat malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah, kesemua 14 wanita tersebut ditahan semasa sedang asyik melayan pelanggan.

 

SALAH seorang wanita warga asing yang cuba melarikan diri semasa serbuan di pusat hiburan oleh Jabatan Imigresen di Kuah, Langkawi.

“Pusat hiburan tersebut menawarkan perkhidmatan pelayan melalui tempahan menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram bagi memudahkan tempahan dibuat oleh pelanggan yang hadir.

“Seramai lapan orang wanita warganegara Thailand dan empat orang wanita warganegara Laos ditahan kerana telah melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.

Kesemua wanita berusia di antara 20 hingga 30 tahun itu dibawa Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Langkawi untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, kesemua pelanggan yang diperiksa dikenakan notis untuk hadir memberikan keterangan.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN